Bukan sahaja hiasan dalam rumah dan hiasan laman rumah yang mempunyai prospek perniagaan yang luas, sebaliknya hiasan dalam akuarium antara perniagaan baru yang mendapat tempat di hati rakyat Malaysia.<br /><br />Hiasan dalam air atau Aquascape yang terkenal di Jepun mula meraih perhatian dalam kalangan masyarakat Malaysia dan permintaannya melonjak hasil daripada pemasarannya di media sosial.
